Siakap Keli
Kredit: Utusan Malaysia

Wanita Hamil 7 Bulan Mati Ditembak Ketika ‘Baby Shower’

PHILADELPHIA – Seorang wanita hamil tujuh bulan maut selepas ditembak di kepala dan di perut semasa majlis sambutan bayi yang bakal dilahirkan (baby shower) kelmarin.

Menerusi satu kenyataan dari CNN, wanita itu ditembak semasa membuka hadiah yang diberikan oleh para tetamu di majlisnya.

Menurut Jabatan Polis Philadelphia berkata, wanita berusia 32 tahun itu ditembak pada jam 8:35 malam waktu tempatan.

Ekoran itu, wanita itu dibawa ke hospital sebelum dia dan bayi dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.

“Bunyi tembakan itu dapat didengari oleh beberapa anggota polis yang berada berhampiran lokasi kejadian. Mereka bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital”, jelasnya dalam satu kenyataan.

Suspek yang melepaskan tembakan itu masih diburu polis dan Datuk Bandar Philadelphia, Jim Kenney menawarkan ganjaran sebanyak AS$50,000 (RM209,126) bagi sebarang maklumat mengenai suspek.

Sumber: Utusan Malaysia

 

 

Aireena Marizan