Seiring dengan peningkatan penggunaan telefon pintar, fungsi-fungsi gajet lain seperti fon telinga juga telah melalui evolusi yang semakin canggih dan lebih mudah untuk digunakan di mana-mana sahaja. Manakan tidak, penggunaan fon telinga tanpa wayar atau earbuds kini menjadi pilihan ramai.
Pun begitu, walaupun ia praktikal untuk digunakan namun teknologi tersebut telah menimbulkan masalah lain yang boleh memudaratkan pengguna.
Seperti kisah wanita ini yang dilaporkan telah tertelan earbuds miliknya kerana tertukar dengan ubat tahan sakit.
Menurut Newsweek, wanita tersebut telah berkongsikan mengenai insiden yang dialaminya itu di TikTok dan menjadi tular. Menurutnya, dia sebenarnya ingin meletakkan earbuds tersebut di dalam bekas yang berhampiran namun
“Sejurus menelannya, saya menyedari bahawa ia bukannya ubat tahan sakit dan cuba untuk memuntahkan kembali tetapi ia tetap tidak keluar,” katanya menerusi video TikTok.
Jelasnya lagi, earbuds tersebut masih lagi aktif walaupun dia telah memutuskan sambungan peranti itu dari telefon bimbitnya.
Difahamkan, earbuds itu telah berjaya keluar secara ‘semulajadi’, namun tidak dapat dipastikan sama ada peranti tersebut masih lagi berfungsi atau tidak.
Sumber: Newsweek