Siakap Keli

“Buat Hari-hari Pun Tak Puas Makan,” Akak Ini Kongsi Resipi Mudah Nasi Air ‘Klate’

Kadang-kadang mesti rasa bosan makan nasi kan? Bila tak tahu makan apa, nak memasak pun lagilah tak ‘kuasa’.

Bagi yang tak ada idea tu, jom kita cuba resipi sedap dari Kelantan ni. Kalau korang dah cuba, mesti jatuh cinta punyalah. Bukan sahaja orang sakit sahaja yang berselera, orang yang sihat dan anak-anak pun suka.

Nasi air atau bubur nasi ini sememangnya menjadi menu yang menarik di negeri Kelantan,tambah pula dengan lauk-lauknya memang mantaplah. Jadi, jom kita ikuti cara penyediaan nasi air Kelatan ini.

“Buat hari-hari pun tak puas nasi air kelate ni…”

Nasi Air Kelate

Bahan-Bahan

  • Nasi
  • 1 1/2 pot nasi
  • 1inch halia
  • Sedikit garam

Kuah Sup

  • 1biji bawang merah *dihiris
  • 2biji bawang putih *dihiris
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Halia
  • Akar ketumbar
  • Isi ayam
  • 1 Kiub pati ayam
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Gula
  • Sedikit ajinomoto

Minyak bawang putih

  • 2 biji bawang putih *dicincang
  • Sedikit minyak

Sambal kicap

  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Kicap
  • Garam
  • Gula

Cara-cara boleh tengok dekat gambar

1. Beras dibasuh terlebih dahulu, kemudian digoreng sekejap sampai kering. Blender beras + air. Masukkan dalam periuk dan tambah air.. kemudian tambah halia dan sedikit garam.

2. Goreng ikan bilis sampai garing. Dan garing toskan. Minyak ikan bilis kita guna untuk goreng bawang untuk masak sup.

3. Yang ni bahan-bahan untuk masak sup.

4. Masukkan bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang ke dalam minyak ikan bilis tadi sampai garing. Minyak ni la yang menyedapkan rasa kuah sup nasi air ni.

5. Then masukkan ayam, air, halia, kiub pati ayam

6. Masukkan akar daun ketumbar

7. Untuk minyak bawang putih, bawang putih+ minyak kemudian goreng sekejap atas dapur. Bawang tu masuk masa sebelum minyak panas lagi ye, kalau tunggu minyak panas, nanti bawang tu hangus.

Sepatutnya guna limau nipis dan daun bawang, tapi kat rumah takde, so guna apa yang ada.  Ada yang tak ade sukatan, main letak je sebab tak pandai sukat betul-betul.

 

Sumber: Nor Shahida Yusoff

" "