Siakap Keli
Gambar: suarajogja.id

Fokus Pandang Wartawan, Isteri ‘Bantai’ Suami Dipercayai Kerana Cemburu

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti ada liku-liku kehidupan yang mereka akan harungi. Sudah menjadi lumrah hidup berumah tangga untuk ada pasang dan surutnya. Sekali-sekala ada sahaja ujian yang mendatang.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri dari negara seberang ini. Dalam satu perkongsian video tular di laman Instagram kelihatan si isteri memukul bahu suaminya ketika mereka sedang ditemu bual, lapor suarajogja.id.

Menurut laporan, si isteri bukan setakat pukul si suami, malah turut membuat mimik muka yang begitu marah kerana suaminya memandang ke arah wartawan yang sedang menemu bual mereka.

Wartawan yang memakai pelitup muka berwarna hitam itu dilaporkan sedang menerangkan sesuatu sambil menghadap ke arah kamera. Wartawan itu didampingi oleh pasangan suami dan isteri itu yang berada di sebelahnya.

Tak lama kemudian, si isteri tiba-tiba sahaja memukul suaminya yang sedang duduk menghadap ke arah wartawan itu.

Menerusi komen yang ditinggalkan orang ramai beranggapan bahawa isterinya dikatakan berbuat sedemikian kerana cemburu melihat suaminya memandang wartawan itu.

Sumber: suarajogja.id

" "