Siakap Keli

KKR Lancar Kempen Kita Jaga Jalan Kita Ajak Orang Awam Lapor Jalan Rosak

Sebelum ini, Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya terus komited membuat kerja-kerja penampalan jalan berlubang menerusi Kempen Aku Janji Zero Potholes yang diperkenalkan semula pada Julai 2020 yang lalu.

Tahun ini, KKR dalam memastikan infrastruktur awam yang baik kepada pengguna, kempen ‘Kita Jaga Jalan Kita’ telah diperkenalkan hari ini. Ini merupakan salah satu usaha KKR menjadikan jalan raya dan lebuh raya selamat menerusi penetapan salah satu inisiatif dibawah KPI Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari Menteri Kanan Kerja Raya.

Kempen ini dilancarkan bertujuan membentuk kesedaran dan mendidik orang awam untuk menjaga jalan dan mewujudkan self belonging serta melaporkan aduan rasmi menggunakan saluran yang betul dengan #Kitajagajalankita.

63, 900 potholes telah ditampal sehingga akhir Oktober 2021

Kempen Aku Janji Zero Potholes sebelum ini melibatkan kerja-kerja penampalan jalan berlubang dilaksanakan dalam tempoh 24 jam daripada penemuan atau aduan kerosakan dan dalam tempoh tiga hari bagi pembaikan kekal.

Pada tahun 2021 sahaja sehingga akhir Oktober, terdapat sebanyak 63,900 bilangan potholes dan telah ditampal oleh pihak konsesi di Jalan-Jalan Persekutuan seluruh semenanjung.

Apa itu potholes dan punca-puncanya?

Potholes bermaksud lubang di permukaan jalan, berukuran: 200mm < kelebaran < 1000mm dan kedalaman > 25mm.

Lubang-lubang ini bermula dengan keretakan halus di jalanraya, dan sekiranya tidak dirawat, ia menjadi semakin lebar sehingga bahan permukaan jalan terbongkah sehingga membentuk potholes.

Bahaya potholes!

Potholes perlu ditampal bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal. Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh pengguna jalan raya terlanggar atau cuba mengelakkan pothole. Di samping itu, air yang bertakung di dalam pothole akan mudah menyerap masuk ke lapisan bawah seterusnya melemahkan asas jalan sehingga menyebabkan kerosakan yang lebih parah.

Peranan rakyat dalam usaha menangani jalan berlubang melalui saluran aduan
rasmi JKR #Kitajagajalankita

Orang awam dan seluruh Keluarga Malaysia boleh membantu pihak Kementerian dengan melaporkan kerosakan yang ditemui menerusi saluran aduan rasmi Kementerian dan Jabatan Kerja Raya Malaysia. Melaporkan aduan menerusi saluran rasmi ini akan mempermudahkan pihak Kementerian atau JKR mengambil tindakan susulan berdasarkan rekod yang didaftarkan atau sekiranya dipihak Kementerian atau Jabatan sendiri memerlukan maklumat tambahan. Ini bagi mengelakkan aduan tidak berasas dan kelewatan tindakan, kerana maklumat tidak lengkap.

Orang awam boleh menyalurkan aduan kepada KKR dan JKR melalui saluran rasmi berikut;

  1. Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

    SISPAA JKR : https://jkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do , atau;

    SISPAA KKR : https://kkr.spab.gov.my/eApps/system/index.do

  2. Emel : [email protected] atau [email protected]

  3. Talian Telefon : 1 300 888 557 (Waktu Pejabat)

Pokoknya, semua pihak perlulah berkerjasama bagai aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya. Segala usaha yang dilaksanakan harus berterusan dan ingatlah, #Kitajagajalankita!

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.