Siakap Keli
Gambar: Melbourne Museum via Mirror

Lelaki Tak Sangka Batu Yang Disimpan 6 Tahun Di Rumah Rupanya Meteroit Berusia 4.6 Bilion Tahun

Seorang lelaki baru tersedar bahawa sebiji batu ‘kosong’ seberat 17 kilogram yang disimpan selama ini rupa-rupanya adalah batu meteroit dari angkasa yang berusia 4.6 bilion tahun, lapor Mirror.

Lelaki berkenaan, David Hole menyedari hal sedemikian setelah dia membawa batu tersebut ke sebuah muzium di Melbourne baru-baru ini untuk disahkan.

Pada awalnya, batu tersebut ditemuinya semasa dia menggali emas di Maryborough Regional Park di Melbourne yang terkenal dengan tapak aktiviti galian emas di sana sekitar abad ke-19 pada 2015 lalu.

Ketika itu, dia sangka bahawa di dalam batu tersebut terkandung emas yang banyak, jadi dia cuba untuk membukanya namun gagal.

Lalu dia pun menganggap bahawa batu itu hanyalah sebuah batu biasa yang tiada apa-apa sebelum menyimpannya di rumah.

Bagaimanapun selepas enam tahun penemuannya, segalanya berubah apabila dia tekad membawa batu tersebut ke Muzium Melbourne.

Di muzim itulah baru dia tahu bahawa seketul batu ‘kosong’ yang ditemui di tapak galian emas ketika 2015 dahulu rupa-rupanya adalah meteroit yang pernah mendarat di Australia satu ketika dahulu.

Kesahihannya diselidiki dan disahkan oleh ahli geologi di muzium berkenaan, Dermot Henry yang turut mendakwa bahawa hanya dua batu meteroit tulen sahaja yang pernah ditemuinya sepanjang 37 tahun bertugas.

“Meteroit pertama ditemui pada abad ke-17 di Victoria, di satu kawasan yang mempunyai ribuan ketulan emas

“Ia mempunyai rupa bentuk yang terpahat dan berlekuk. Kesan itu terbentuk ketika ia datang ke Bumi melalui atmosfera. Ia mencair di luar dan suasana di sekeliling (atmosfera) mengukirnya,” katanya.

Sumber: Mirror

" "