Siakap Keli
Gambar: Soompi

Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19, 3 Ahli Lain Masih Tunggu Keputusan Ujian Saringan

Salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal, Blackpink dilaporkan positif virus COVID-19 selepas melakukan ujian saringan tengah hari semalam, lapor media tempatan.

Memetik laporan Soompi, keadaan terkini kesihatan Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa diumumkan oleh agensi mereka, YG Entertainment, melalui hebahan media tempatan semalam.

Menurut portal tersebut, tiga ahli kumpulan yang lain iaitu Jisoo, Jennie dan Rose kini masih belum dikategorikan sebagai kontak rapat. Pun begitu, mereka dikhabarkan telah melakukan ujian PCR sejurus selepas mendengar keputusan ujian Lisa.

Tambah YG Entertainment memetik laporan Soompi, ketiga-tiga mereka kini sedang menunggu keputusan ujian saringan masing-masing dan pihak agensi akan memaklumkan secepat mungkin kepada umum sekiranya ada maklumat terkini berkait ahli kumpulan tersebut.

Sumber: Soompi

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.