Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nota Persiapan Haji Lisa Surihani Curi Tumpuan, Kesungguhannya Jadi Inspirasi Netizen

Aina Munirah
Nota Persiapan Haji Lisa
Kredit: @dramirulhassan

Nota Persiapan Haji Lisa Surihani Curi Tumpuan, Kesungguhannya Jadi Inspirasi Netizen

Persiapan untuk melakukan ibadah Haji mahupun Umrah sememangnya suatu perkara yang amat penting. Ia bagi memastikan ibadah yang akan dijalankan mampu dilaksanakan dengan sempurna dan lancar.

Selain membuat persediaan dari segi kewangan dan kesihatan, bakal jemaah juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu serta kefahaman mengenai rukun ibadah bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ketika berada di Tanah Suci.

Malah, persiapan yang teliti bukan sahaja membantu memudahkan urusan sepanjang perjalanan, tapi membolehkan jemaah menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah dan memperoleh pengalaman yang lebih bermakna.

Catatan nota Lisa Surihani curi tumpuan

Baru-baru ini, Lisa Surihani telah mencuri perhatian ramai apabila satu video yang dimuatnaik oleh salah salah seorang petugas di Tanah Suci, @dramirulhassan, memaparkan mengenai persiapan pelakon wanita itu untuk melaksanakan ibadah Haji.

"MasyaAllah, persediaan ilmu dan doa Hajjah Lisa Surihani," kongsinya di TikTok.

Dalam video tersebut, Dr Amirul dilihat sedang membelek satu persatu halaman dari buku nota tersebut.

Menariknya, nota tersebut bukan hanya ditulis dalam Bahasa Melayu, tetapi turut ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Ketika ditanya dari mana dia mendapatkan nota-nota tersebut, Lisa memberitahu catatan itu diambil daripada kuliah-kuliah yang dihadirinya.

Selain itu, nota yang ditulis tangan itu juga tidak hanya tertumpu mengenai ibadah Haji sahaja.

Namun, turut berkaitan dengan pelbagai perkara lain seperti ibadah solat, selawat, istighfar dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, Dr Amirul juga sempat membelek satu lagi buku nota yang penuh dengan doa-doa, selawat dan juga zikir.

Malah, ujar Dr Amirul lagi, doa-doa yang ditulis itu juga merupakan sebahagian daripada doa yang pernah dikongsi olehnya.

"Kagum sangat dengan catatan Hajjah Lisa Surihani sebagai persediaan rohani beliau sendiri menghadapi hari-hari haji. Banyak doa-doa yang saya kongsi dia sendiri cakna dan hafal masyAallah," ujarnya.

Tambah Dr Amirul lagi, Lisa Surihani juga meminta orang ramai untuk terus kekal mendoakannya agar terus istiqamah dalam beragama.

Reaksi netizen

Dalam pada itu, kebanyakan netizen memuji usaha Lisa. Malah, ada yang turut mengambil inspirasi daripada apa yang telah dilakukan oleh pelakon tersebut.

"MasyaAllah, Allah jemput dia pergi Haji sebab persediaan dia yang bersungguh-sungguh"

"Saya pun akan buat persediaan untuk bercakap dengan Allah. Saya akan tulis beberapa buah buku macam Lisa dan doa waktu mustajab doa, waktu solat malam, doa dari kawan-kawan. Biar dengan Allah tu, rasa ada pertemuan yang istimewa"

"Jadi kan iktibar, tak tau lah berapa lama dia mempersiapkan diri dia untuk dia menunaikan haji. Rezeki dia dapat siapkan diri dengan ilmu dan doa untuk orang tersayang di sana. Semoga Allah kurniakan saya rezeki yang sama aamiin.

"Kemas dan cantik tulisan beliau"