Siakap Keli
Gambar Hiasan via Independent

NASA Lancar Kapal Angkasa ‘Pemburu’ Asteroid, Dakwa Bakal ‘Selamatkan’ Bumi Dari Dihentam

Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) bertindak melancarkan sebuah kapal angkasa Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) hari ini, dipercayai untuk menghentikan asteroid yang mungkin menghentam bumi pada masa akan datang.

Menurut Independent, DART dilancarkan dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg, California pada Rabu, sekitar jam 6.20 pagi waktu tempatan. Kapal angkasa berkenaan lepas landas dengan misi ‘memburu’ sepasang asteroid yang dikenali sebagai Didymos.

Misi tersebut adalah satu bentuk uji kaji para saintis untuk mengetahui sama ada DART mampu mengubah orbit sesuatu asteroid, sebagai persediaan jika bumi diancam perlanggaran dengan batu angkasa dari jenis yang sama.

Sebagai permulaan, NASA menghantar DART untuk memintas pasangan asteroid Didymos apabila batu angkasa itu berada 10.7 juta kilometer dari bumi. DART kemudiannya akan menghentam asteroid Didymos dan mengalihkan orbit batu angkasa berkenaan.

Memetik laporan Independent, DART akan melanggar asteroid tersebut dengan kelajuan kira-kira 24 ribu kilometer sejam sekitar bulan September 2022. Pun begitu, keberkesanan misi ini masih menjadi tanda tanya dan impak pengalihan haluan asteroid berkenaan hanya boleh dikenalpasti dalam masa beberapa tahun akan datang.

Sumber: Independent

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.