Siakap Keli
Gambar: via DetikNews

Tenggelam Pada Tahun 90-an ‘Bandar Hantu’ Ditinggalkan Penduduk ‘Muncul Semula Selepas 30 Tahun

Sebuah bandar di Sepanyol dilaporkan muncul semula selepas tenggelam dalam pembinaan sebuah kawasan tadahan air.

Bandar itu dikatakan muncul kembali selepas 30 tahun kerana paras airnya sudah menurun, memetik laporan daripada Daily Mail.

Menurut laporan, bandar itu ditenggelami banjir pada tahun 1992 sewaktu loji hidroelektrik Portugis dikatakan telah menutup pintu airnya. Disebabkan itu sungai Limea telah  dipenuhi air dan membanjiri tanah serta bangunan di kawasan sekitarnya.

Tetapi, dalam perkongsian beberapa keping gambar pada hari kelmarin, menunjukkan paras air di empangan itu mulai surut dan sekali gus menyebabkan rumah-rumah dan jelapang milik penduduk Aceredo kembali timbul.

Gambar: via DetikNews

Penduduk Aceredo dikatakan terpaksa menyerahkan tanah tersebut dan berpindah berikutan banjir yang melanda itu. Banyak dinding dan bangunan di bandar itu telah runtuh tetapi menampakkan struktur bangunan yang masih lagi kukuh.

Turut dilaporkan lebih kurang 70 buah rumah yang diperbuat daripada batu dan kayu tetapi masih lagi teguh berdiri walaupun ada yang bahagian rumah yang sudah runtuh atau hanyut, tetapi bumbungnya masih lagi terselamat walaupun sudah beberapa dekad ditenggelami air.

Tragedi Acedero itu dilaporkan bermula dengan satu perjanjian yang dibuat pada 1968 antara ketua negara Sepanyol dan Portugal iaitu Francisco Franco dan António de Oliveira Salazar untuk menggunakan sungai sebagai sempadan kedua-dua buah negara itu. Tujuan perjanjian itu adalah untuk membina empangan Lindoso.

Walau bagaimanapun, perjanjian itu dilaporkan telah menyebabkan berlakunya rampasan tanah dan rumah di beberapa buah kampung. Selain Aceredo, terdapat empat lagi bandar lain iaitu O Bao, Buscalque, A Reloeira dan Lantemil yang hilang akibat ditenggelami air apabila pintu empangan itu ditutup.

Gambar: via DetikNews

Penduduk di situ dipaksa untuk berpindah tetapi majoriti orang yang tinggal di situ tidak berminat untuk meninggalkan rumah mereka. Walaupun ada segelintir yang cuba meninggalkan rumah mereka kerana menerima sejumlah wang yang ditawarkan syarikat itu, yang lain tetap berpegang teguh untuk tidak meninggalkan bandar itu.

Syarikat itu dikatakan berjaya meyakinkan hampir 51% rakyat. Disebabkan itulah rampasan kuasa mulai berleluasa dan tiada jalan penyelesaian yang lebih baik ditemukan.
Penduduk-penduduk di situ kemudiannya telah dipaksa berpindah pada 1992.

Beberapa penemuan yang ditemui adalah trak, minuman air pancut, tembok unggun api dan sempadan tanah yang ditandai dengan tembok batu juga telah ditemui selepas bandar itu timbul semula.

Sumber: Daily Mail

Nadhirah