Siakap Keli
Gambar Via Head Topic

Tiga Parti Politik Jerman Sepakat, Umum Gaji Minimum Dinaikkan Kepada RM 57 Sejam

Jerman dilaporkan bakal menaikkan gaji minimum di negara itu dari €9.60 (RM45.62) sejam kepada €12 (RM57.02) sejam.

Memetik laporan CNN, kenaikan gaji minimum itu merupakan salah satu daripada perjanjian yang dilakukan oleh gabungan tiga parti politik yang telah membentuk kerajaan baharu di negara itu pada Rabu lalu.

Dengan usaha tersebut, ia dijangka boleh meningkatkan pendapatan hampir 2 juta orang di Jerman atau kira-kira 5 peratus pekerja.

Bagaimanapun, teks perjanjian gabungan kerajaan baharu itu tidak menyatakan bila kenaikan gaji itu akan berkuat kuasa.

Ahli ekonomi UBS, Felix Huefner mengatakan bahawa langkah itu seharusnya boleh meningkatkan pertumbuhan gaji keseluruhan bagi ekonomi Jerman. Namun, ia juga boleh menyumbang kepada tekanan gaji yang lebih luas.

Sementara itu, bank pusat hawkish Jerman memberikan reaksi yang berbeza apabila telah mengkritik langkah itu dan mengatakan bahawa ia ‘membimbangkan’. Mereka berkata bahawa ia akan memberi kesan ke atas gaji bagi mereka yang berpendapatan tinggi.

Dalam pada itu, inflasi di Jerman dilaporkan telah mencapai 4.5 peratus pada Oktober lalu dan ia merupakan rekod tertinggi dalam tempoh tiga dekad.

Negara itu telah memperkenalkan gaji minimum kebangsaan sebanyak €8.50 (RM40.40) pada 2015.

Sokongan untuk gaji minimum di Eropah telah berkembang apabila kuasa kesatuan sekerja telah menurun. Suruhanjaya Eropah berkata terdapat penurunan dalam bahagian pekerja EU yang dilindungi oleh perjanjian perundingan kolektif antara tahun 2000 dan 2015 dengan penurunan yang ketara dilihat di Eropah tengah dan timur.

Sumber: CNN

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.