Siakap Keli
Gambar: Task & Purpose

(Video) Ular Tu Macam Kena Pukau, Aksi Abang Askar Tekan Kepala & Tangkap “King Cobra” Raih Perhatian Media Luar

Satu video yang memaparkan seorang anggota tentera Malaysia menundukkan seekor ular tedung selar telah menjadi tular di media sosial.

Dapat dilihat didalam video berdurasi 59 saat tersebut, ular itu sedang berada di dalam mode bersiap siaga untuk menyerang askar yang sedang berhadapan dengannya itu.

Anggota tentera tersebut kelihatan bersedia namun penuh dengan berhati-hati ketika berusaha untuk memancing ular berkenaan menggunakan kemahiran yang dimilikinya.

Selepas beberapa ketika, ular tersebut dilihat berjaya dijinakkan dan ditangkap.

Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial. Lebih manis lagi, kehebatan anggota tentara Malaysia itu telah dikongsikan oleh media antarabangsa di halaman Facebook mereka.

“Tentera Malaysia dibenarkan untuk bermain dengan hidupan liar,” tulis kapsyen pada video tersebut.

Sehingga kini, ianya telah ditonton sebanyak 60 ribu kali.

 

 

Sumber: Task & Purpose

Aqmal Ezany

I write what is right