Siakap Keli
Gambar via CNBC

Varian Omicron Dah Sampai Hong Kong Dan Australia, Masing-masing Kesan Dua Kes Pertama

Baru-baru ini, satu lagi varian baharu COVID-19 telah dikenalpasti, dipercayai mula dikesan dari beberapa negara di Afrika.

Susulan penyebaran varian baharu berkenaan, Hong Kong kini telah menyekat kemasukan pelawat dari lapan buah negara dari selatan Afrika termasuk Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Afrika Selatan.

Menurut laporan CGTN, tindakan tersebut diambil pihak berkuasa Hong Kong setelah dua kes positif varian Omicron dikesan di bandar itu. Salah seorang individu yang dijangkiti dilaporkan baru tiba dari Afrika Selatan, manakala satu lagi kes dipercayai tertular dari individu tersebut yang menjalani kuarantin di hotel yang sama.

Sementara itu, Australia turut mencatatkan dua kes pertama varian Omicron. Kedua-dua individu yang dijangkiti varian merbahaya itu turut mempunyai rekod perjalanan dari selatan Afrika dan tiba di Sydney semalam, lapor The Straits Time.

Selain Hong Kong dan Australia, antara negara yang telah merekodkan kes pertama varian baharu ini termasuk Britain, Jerman, Itali, Republik Czech dan Israel. Tambah The Straits Time, beberapa negara kini telah memperketatkan kemasukan pengunjung ke sempadan negara masing-masing, terutamanya yang memiliki sejarah perjalanan dari selatan Afrika.

Sumber: CGTN, The Straits Time

Eyla Azri