Siakap Keli
Gambar via Business Post Nigeria

Gagal Bayar Hutang Kepada China, Uganda Kehilangan Satu-satunya Lapangan Terbang Antarabangsa

Negara Afrika Timur, Uganda dilaporkan kehilangan satu-satunya lapangan terbang antarabangsa setelah kerajaan Uganda gagal membayar semula hutang kepada negara Tembok Besar, China.

Menurut laporan media tempatan, kerajaan Uganda meminjam $207 juta atau kira-kira-kira RM877 juta daripada Bank Eksport-Import China (EXIM) pada tahun 2015 dengan kadar pengeluaran sebanyak dua peratus.

Pinjaman tersebut yang pada awalnya dibuat untuk mengembangkan lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe disertakan 20 tahun tempoh matang termasuk tujuh tahun tempoh penangguhan.

Pun begitu, memetik laporan India Today, kerajaan Uganda bertindak membatalkan perjanjian berkenaan. Susulan tindakan kerajaan Uganda, pemiutang iaitu kerajaan China berhak memperoleh hak ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe tanpa rundingan.

Menurut India Today memetik laporan terkini media tempatan, pihak pemerintah Uganda pernah cuba untuk berunding semula dengan China berkait perjanjian pinjaman tersebut. Namun kerajaan China menolak untuk melakukan sebarang perubahan terhadap perjanjian asal yang telah termaterai.

Sumber: India Today

Eyla Azri