Siakap Keli
Gambar : TikTok datomichaellim

(Video) Boleh Buat Sendiri Kat Rumah, Lelaki Kongsi Cara Buat Gambar Passport Mudah & Cepat

Mungkin ramai yang mengalaminya, setiap kali nak guna gambar bersaiz passport, mesti cara masa yang terluang untuk pergi membuatnya di kedai-kedai. Namun, disebabkan kekangan masa, ada juga yang terpaksa mengambil cuti separuh hari semata-mata untuk mengambil gambar passport.

Tetapi, tahukah anda ada satu cara untuk mangambil gambar passport dengan mudah dan cepat? Boleh buat sendiri je tapi kena lah ada orang yang boleh tolong tangkapkan gambar anda.

Menerusi akaun Tiktok datomichaellim, beliau ada berkongsikan satu cara mudah untuk anda. Hanya perlu muat turun aplikasi dan pilih warna latar belakang yang sesuai.

Cara-caranya :

  1. Muat turun Id Photo.
  2. Tekan butang Take Photo.
  3. Ambil gambar. Pastikan permukaan latar belakang anda bersih.
  4. Tekan butang Use Photo.
  5. Pilih 1 inch.
  6. Betulkan cahaya mengikut kehendak anda.
  7. Pilih warna latar belakang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saksikan video di bawah.

@datomichaellim_oe

Senang & cepat boleh dapat gambar passport skrg ya😎#datomichaellim #tiktok #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #tiktokguru #memangmeow #hypershoe #erke

♬ original sound – Dato’ Michael Lim – Dato’ Michael Lim

Sumber : Tiktok datomichaellim

Fathin Nadzira