Siakap Keli

Belgium Akan Label Produk Buatan Israel Dihasilkan Di Kawasan Kependudukan Tidak Sah Di Tebing Barat

Belgium kini bakal melabel produk-produk yang dihasilkan di kawasan kependudukan tidak sah Israel di Tebing Barat, dipercayai supaya pengguna dapat membezakan barangan buatan Israel dan Palestin.

Menurut laporan TRT World, Belgium akan terus menguatkuasakan undang-undang antarabangsa dan Kesatuan Eropah yang membezakan wilayah kependudukan Israel dengan Palestin. Keputusan kerajaan Belgium ini seiring dengan perjanjian yang telah dimaterai oleh negara-negara Eropah pada tahun 2015 dan 2019.

Dalam perjanjian yang dipersetujui Mahkamah Keadilan Eropah ini, tercatat bahawa pengguna perlu peka dengan barangan yang dikeluarkan dari kawasan kependudukan tidak sah. Pun begitu, kebanyakan negara Eropah memilih untuk tidak mematuhi polisi ini.

Tindakan kerajaan Belgium melabelkan produk keluaran Israel mendapat respon kurang senang dari Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Israel, Idan Roll yang menganggap perbuatan tersebut tidak membantu kedamaian antara Israel dan Palestin.

Melalui sebuah ciapan di laman Twitter miliknya, Roll mengaku telah membatalkan rundingan berencana dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Parlimen Belgium setelah negara itu mengambil keputusan melabel barangan buatan Isreal di Judea dan Samaria yang terletak di Tebing Barat.

Sumber: TRT World

Eyla Azri