Siakap Keli

KL East Mall Kongsi ‘Port’ Tangkap Gambar ‘Instagrammable’, Siap Nak ‘Belanja’ Hadiah Bernilai RM100k

Instagram merupakan sebuah aplikasi perkongsian gambar dan video yang sangat popular dalam kalangan warga net. Boleh dikatakan rata-rata pemilik telefon pintar mesti akan memuat turun aplikasi media sosial ni untuk dijadikan sebagai album kenang-kenangan serta berkongsi update kehidupan harian mereka.

Oleh kerana penggunaan platform media sosial Instagram ini adalah sangat popular terutamanya bagi golongan muda, maka wujudlah istilah ‘Instagrammable‘ yang boleh diertikan sebagai gambar yang layak tampil di Instagram. Untuk sekeping gambar Instagrammable ni, pelbagai faktor perlu diambil kira seperti pencahayaan yang baik, sudut lokasi yang tepat dan pose yang mantap.

Selain daripada ciri-ciri ini, konsep gambar Instagrammable itu tidak akan tercapai tanpa latar belakang yang menarik. Maka, ramailah yang berebut-rebut untuk mencari lokasi Instagrammable bagi koleksi gambar estetik di akaun Instagram masing-masing.

Enchanting Elven Kingdom

Berita baik untuk korang yang suka memuat naik gambar di Instagram tapi taknak berpanas-panas kat luar, KL East Mall ada menyediakan sebuah port baik untuk korang sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya. Bukan tu je, pusat beli-belah milik Sime Darby Property yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur ni siap tukar konsep mall mereka menjadi ‘dunia khayalan’ tau.

‘Dunia baharu’ KL East Mall yang dinamakan ‘Enchanting Elven Kingdom‘ ini mengetengahkan konsep ala-ala kisah dongeng. Seiring dengan perayaan Krismas yang bakal menjelang tak lama lagi, Enchanting Elven Kingdom juga mengambil inspirasi dari gabungan dekorasi Hari Krismas dan kerajaan kisah dongeng macam yang selalu kita baca atau tonton masa kecik-kecik dulu.

Boleh la korang feeling-feeling jadi main character kisah dongeng di Enchanting Elven Kingdom ni. Mesti Instagrammable habis gambar-gambar Instagram korang nanti, macam gambar pengunjung yang dikongsikan di bawah ni. Stail kan? Rasa macam pergi dunia lain pulak.

Spend & Redeem sehingga RM100k

Sambil-sambil berangan tu, korang juga berpeluang untuk memenangi ganjaran sehingga RM100 ribu menerusi kempen Spend & Redeem yang dianjurkan KL East Mall bermula 19 November hingga 27 Disember ini. Cara nak menang hadiah ni pun senang je.

Korang hanya perlu belanja sebanyak RM50 dalam satu resit yang sama di kedai-kedai terpilih untuk menebus baucar e-Cash RM5. Kalau korang shopping sehingga RM150 dalam maksimum dua resit, korang berpeluang untuk memenangi satu Lucky Christmas Capsule dari KL East Mall.

Tapi apa yang lagi best, KL East Mall nak ‘belanja’ dua Lucky Christmas Capsule tau kalau korang shopping minimum RM200 di Jaya Grocer dan mana-mana kedai terpilih. Syaratnya pun mudah sangat, korang hanya perlu berbelanja minimum RM100 dalam satu resit untuk setiap kategori promosi ni dan boleh terus tebus hadiah korang di Concierge Desk yang terletak di tingkat G1, KL East Mall.

Sempena kempen Enchanting Elven Kingdom tahun ni, pelbagai hadiah-hadiah menarik menjadi rebutan untuk promosi Spend & Redeem termasuklah barangan dan baucer tunai daripada:

  • Jaya Grocer
  • Ogawa
  • A-Surprise
  • Blue Ice Skating Rink
  • Carlo Rino
  • Ferno Bakery
  • Gula Cakery
  • Li-Ning
  • MeTime Art
  • Ole-Ole Bali
  • Pets Wonderland
  • Pierre Cardin Lingerie
  • Sushi Jiro

Selain kedai-kedai yang disenaraikan, di KL East Mall ini juga ada pelbagai tarikan lain yang membuat orang rambang mata seperti variasi makanan dan minuman, outlet fesyen, kedai gajet dan elektronik, peralatan rumah dan macam-macam lagi.

Bagi yang nak pergi ke KL East Mall tapi tak tahu kat mana, korang tak payah risau sebab confirm tak sesat punya. KL East Mall terletak berhampiran Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI).

Kalau nak naik kenderaan awam pun senang sebab KL East Mall mempunyai akses yang dekat dengan Terminal Transit Gombak. KL East Mall juga berhubung dengan enam lebuhraya utama di bandaraya Kuala Lumpur iaitu MRR2, DUKE, SUKE, Lebuhraya Karak, AKLEH dan SPE, jadi kalau korang nak datang sendiri pun tak ada masalah.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web KL East Mall di pautan INI. Ikuti update terkini KL East Mall di Facebook dan Instagram rasmi supaya korang tak terlepas promosi-promosi menarik. Nanti dah upload gambar Instagrammable korang di Enchanting Elven Kingdom, jangan lupa tag KL East Mall ya!

Eyla Azri