Siakap Keli
Gambar : Twitter GabbbarSingh

(Video) Detik Pengantin Terhempas Atas Meja Lepas Jatuh 10 Kaki Dari Jengkaut Pada Majlis Perkahwinan

Setiap pasangan pengantin tidak sabar menanti detik-detik majlis perkahwinan mereka. Pelbagai kreativiti yang cuba ditonjolkan oleh bakal pengantin untuk menjadikan majlis mereka unik dan lebih diingati.

Namun, satu kejadian tidak diduga apabila sepasang suami isteri dikatakan terjatuh dari jengkaut semasa mereka sedang menyaksikan persembahan di makan malam hari perkahwinannya, memetik daripada laporan India Times.

‘Kemalangan’ itu telah menjadi tumpuan ramai apabila video perkahwinannya dikongsikan dan semakin tular di Internet.

Menerusi perkongsian video daripada akaun Twitter GabbarSingh, video perkahwinan tersebut telah mendapat perhatian warganet dan telah disenaraikan dalam senarai ‘entri perkahwinan unik’ di platform media sosial.

Video yang berdurasi 15 saat itu menunjukkan pasangan pengantin tersebut dikatakan sedang duduk di atas awan-awanan sebelum terjatuh ke atas meja.

Melalui video yang dikongsikan, pasangan itu dilihat sedang duduk di atas jengkaut itu yang dihiaskan sebagai sofa. Mereka juga dikatakan sedang menikmati persembahan di majlis perkahwinan mereka pada ketinggian melebihi 10 kaki dari tanah.

Malangnya, keseronokan mereka bertukar kepada ‘aksi’ yang melucukan apabila ‘sofa’ itu terbalik dan menyebabkan pasangan itu terjatuh ke atas meja.

Para tetamu terpegun setelah melihat kejadian itu bertukar menjadi bencana dan berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Video yang dikongsikan itu telah mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 134.6k.

Sumber : India Times

Fathin Nadzira