Siakap Keli
Gambar: Mirror Media

Wanita Dakwa 3 Tahun Jadi Mangsa Dera, Tapi Taknak Bercerai Kerana Suami Kacak

Seorang wanita China dilaporkan tidak sanggup bercerai dengan suaminya walaupun hidup dalam keadaan didera selama tiga tahun hanya kerana suaminya itu memiliki wajah tampan.

Wanita yang berusia 23 tahun itu menyatakan sedemikian selepas orang ramai menemuinya mencangkung di tepi jalan sambil menangis seorang diri.

Wanita tersebut mendedahkan bahawa dia kerap kali dipukul oleh suaminya itu. Dia juga mendakwa bahawa suaminya telah banyak kali meminta cerai daripadanya, namun dia menolak.

Menurut laporan media China, dia telah mengenali suaminya itu sejak 3 tahun lalu melalui seorang rakannya. Ketika mereka bertemu buat pertama kali, mereka telah jatuh cinta pandangan pertama.

Selepas lebih kurang 2 bulan menjalinkan hubungan cinta, mereka telah memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidak lama selepas berkahwin, mereka mula bertengkar akibat perselisihan faham.

Wanita itu mendakwa bahawa, pada awalnya suaminya itu hanya mengeluarkan kata kesat sahaja, namun lama kelamaan, suaminya mula menumbuk dan menendangnya.

Walau bagaimanapun, dia dilaporkan sering berlembut hati dan memaafkan perbuatan suaminya itu setiap kali suaminya meminta maaf kepadanya.

Sungguhpun begitu, pihak saudara mara dan rakan-rakan wanita berkenaan dilaporkan telah menasihatinya untuk berpisah.

Suaminya itu juga turut menyedari bahawa perkahwinan mereka tidak mampu bertahan lama dan mengambil inisiatif untuk pergi ke mahkamah bagi memohon cerai.

Bagaimanapun, wanita tersebut turut berkeras untuk tidak melepaskannya dan memberi tiga sebab mengapa dia tidak sanggup berbuat demikian.

Pertamanya adalah, suaminya itu adalah cinta pertamanya dan dia tidak boleh berputus asa, kedua adalah suaminya itu sangat kacak dimatanya.

“Suaminya saya sangat kacak, kalau dia pergi, susah untuk cari lelaki yang kacak macam dia lagi,” ujarnya.

Suaminya itu menyatakan bahawa dia selalu menggunakan kekerasan ke atas isterinya adalah kerana dia selalu berasa curiga dengannya dan perbuatan tersebut membuatkannya berasa terkongkong.

Menurutnya, isterinya itu selalu periksa telefon bimbitnya tiap hari bagi mencari ‘tanda-tanda kemungkinan hubungan sulit’.

Dia juga mendakwa bahawa isterinya itu selalu ingin berada bersama dengannya 24 jam tanpa memberikan ruang untuk bersendirian kerana takut perempuan lain mendekatinya gara-gara dia terlalu kacak.

Dia juga turut mendakwa bahawa dia perlu melaporkan keberadaannya dengan kerap jikalau isterinya tidak ada di depan matanya, dan jika tidak, dia akan disyaki mempunyai hubungan sulit.

Difahamkan bahawa wanita tersebut kini sedang hamil. Selepas mendengar berita itu, suaminya berjanji akan menjaga dia serta kandungannya dengan baik.

Namun begitu, dia juga turut berharap agar isterinya dapat belajar mempercayainya kerana dia sudah muak dengan sikap syak wasangka yang tidak semberono itu.

Wanita tersebut terus bersetuju dengan apa yang suaminya itu harapkan daripadanya.

Sumber: Mirror Media

 

Aqmal Ezany

I write what is right