Siakap Keli
Gambar: Nurul Jannah via MMAHN

(Video) Lembut & Menyelerakan, Akak Ni Kongsi Resepi Buat Puding Cendol Yang Menyegarkan Tekak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Rakyat Malaysia memang maklum dengan keadaan cuaca di sini yang panas dan lembap. Namun, bukan setiap masa kita akan di turunkan hujan jadi dalam setahun kita akan lebih sering merasai panas.

Oleh itu, ada satu pencuci mulut ini yang sering masyarakat cari bila cuaca panas melampau iaitu cendol! Lagi-lagi bila sudah penat bekerja seharian, walaupun kerja dalam pejabat ada penghawa dingin tapi bila pulang tetap terpaksa hadap terik matahari kan?

Namun begitu, dalam perkongsian kali ini bukan resipi ‘ais cendol’ yang akan di kongsikan. Tetapi masih berasaskan cendol, iaitu puding cendol atau agar-agar cendol.

Menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MMAHN), Nurul Jannah telah berkongsi satu resipi puding cendol untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.

Kredit: Nurul Jannah via MMAHN
Kredit: Nurul Jannah via MMAHN

RESEPI PUDING CENDOL LEMBUT LEMAK MANIS

Bahan² Lapisan Cendol
120g gula pasir
1sk serbuk vanilla
1sk garam
10g serbuk agar²
780ml santan
2 helai daun pandan
350g cendol
Bahan² Lapisan Gula Merah
300g gula merah
25g gula pasir
1/4 sk garam
10g serbuk agar²
780ml air
2 helai daun pandan

TUTORIAL CARA PENYEDIAAN & TIPS CENDOL TAK MENDAP BOLEH RUJUK VIDEO DIBWAH:

Sumber: Nurul Jannah melalui Masak Masakan Apa Hari Ni (MMAHN)

Zahirah