Presiden pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa kelab tersebut dijangka akan mengadakan victory parade pada jam 4.45 petang esok sempena kejayaan menjuarai Piala Malaysia pada baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di akaun Twitter rasminya, pihak DBKL dan KL City FC giat membuat persiapan bagi melakukan acara tersebut.
“Pihak DBKL bersama Kuala Lumpur City FC, sedang membuat persiapan untuk VICTORY PARADE esok jam 4.45 petang dari Masjid Negara ke Stadium Cheras melalui Dataran Merdeka, Jalan TAR, Jalan Ampang, KLCC dan lain-lain (tentatif),” tulisnya.
Pihak DBKL bersama Kuala Lumpur City FC,sedang membuat persiapan utk VICTORY PARADE esok jam 4.45ptg dari Mesjid Negara ke Stadium Cheras melalui Dataran Merdeka,Jln TAR,Jln Ampang,KLCC dll(tentatif)
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 2, 2021
Tambahnya lagi, acara tersebut juga diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 50 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ianya juga akan turut dimeriahkan dengan beberapa persembahan daripada artis terkenal tanah air.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal menyambut ulang tahun ke 50. Kemenangan KUALA LUMPUR CITY FC, hadiah ulang tahun terbaik buat DBKL.
“Esok Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menyambut PIALA MALAYSIA. Turut serta artis Sufi, Putera, Ara Johari, Wani Kayrie Masya Masyitah, Nora, Jasper dll, JOM,” ujarnya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal menyambut ulang tahun ke 50.Kemenangan KUALA LUMPUR CITY FC,hadiah ulangtahun terbaik buat DBKL.
Esok Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menyambut PIALA MALAYSIA.Turut serta artis
Sufi,Putera,Ara Johari,Wani Kayrie
Masya Masyitah,Nora,Jasper dll,JOM— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 2, 2021
sumber: @AnnuarMusa