Siakap Keli
Gambar: via Oddity Central

(Video) Pelik, Pakar ‘Pening’ Bila Angsa Keluarkan Kuning Telur Yang Berwarna Hitam

Beberapa keping gambar dan juga video yang menunjukkan telur angsa dengan sebahagian yang sepatutnya kuning tetapi berwarna hitam telah mencetus kekeliruan dalam kalangan penduduk di China, memetik laporan Oddity Central.

Menurut laporan, gambar tersebut dikongsikan dalam laman media sosial negara tersebut. Rata-rata pengguna tertanya-tanya mengapa kuning telur yang dihasilkan berwarna hitam.

Gambar: via Oddity Central

Gambar itu dimuat naik oleh seorang lelaki yang mendakwa angsa milik rakannya itu mengeluarkan telur yang lain daripada kebiasaan.

Menerusi video itu, lelaki itu mengatakan bahawa sejumlah telur yang dikeluarkan angsa milik rakannya itu mempunyai bau dan tekstur yang hampir sama dengan telur angsa yang lain.

Perkara yang membezakan telur itu hanyalah bahagian kuning yang berwarna hitam atau seolah-olah berwarna kelabu pekat.

Gambar: via Oddity Central

Posting lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada kebanyakan pengguna media sosial itu sehingga melibatkan golongan pakar meneliti perkara ‘pelik’ tersebut.

Ada yang bertelatah bahawa angsa itu mungkin termakan dakwat berwarna hitam sehingga menyebabkan angsa itu mengeluarkan warna telur yang begitu unik.

Malah, ada juga pengguna yang mendakwa kuning telur itu bertukar hitam kerana angsa itu gemar memakan buah mulberi merah gelap dan kehitaman.

“Buah mulberi ini mempunyai kandungan melanin yang tinggi dan jika dimakan dalam kuantiti yang banyak mungkin menyebabkan telur angsa berubah warna.” kata lelaki itu.

Sementara itu, seorang pakar penternakan di China mula mengeluarkan pandangannya.

“Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pencemaran.” kata pakar tersebut.

“Secara saintifik, fenomena sebegini tidak sepatutnya berlaku.” tambahnya lagi.

Tetapi tiada penjelasan yang khusus diberikan.

Ettoday melalui Oddity Central melaporkan, baru-baru ini pakar dari Akademi Sains Pertanian China menyatakan hasrat mereka ingin mengkaji berkenaan kuning telur hitam tersebut.

Tetapi, setakat ini misteri tersebut belum dapat diselesaikan oleh mereka.

Sumber: Oddity Central

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.