Siakap Keli
Gambar via TikTok

“Selagi Tak Buat Benda Ni Hangpa Jangan ‘Buat Kerja’..,” Abang KTM Ajar Cara Yang Betul Kunci Pintu Tandas ‘Train’, Rupanya Ramai Tak Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berapa ramai daripada korang yang pernah travel naik kereta api? Mungkin masih ramai yang belum berpeluang guna perkhidmatan kenderaan awam di bawah seliaan Keretapi Tanah Melayu (KTM) ni.

Bagi yang ada plan nak naik LRT, ETS atau mana-mana perkhidmatan train KTM, ada satu perkara yang nampak kecik tapi penting untuk korang tahu, tambahan pula kalau nak tempuh perjalanan jarak jauh.

Mungkin ramai yang perasan, kalau tutup pintu tandas dalam train, indikator dekat pintu tu menunjukkan warna hijau. Sementara pintu tandas awam lain termasuk kapal terbang akan tunjuk indikator merah kalau ada orang kat dalam.

Berbeza dengan tandas awam yang selalu korang pakai, pintu tandas dalam train KTM ni lain sikit cara nak kunci dia. Kalau korang terlangkau satu langkah, pintu tandas boleh tiba-tiba terbukak. Boleh haru jadinya nanti kalau orang daripada luar terbukak pintu tandas masa korang ‘buang hajat’.

Malah penumpang yang dah banyak kali naik train pun masih ada yang tak tahu pintu tandas ni ada caranya nak kunci, bukan setakat tekan butang tutup tu je. Oleh itu, abang supervisor KTM ni kongsi langkah yang betul kunci pintu tandas dalam kereta api.

@redzuanmanaf87

Reply to @furla13 jangan lupa tekan “lock” hampa na. Kalau tak “lock” memang kejadian-kejadian ngeri akan berlaku tanpa hampa pinta. Paksu dah terkena. Harap hampa berjaga-jaga. 👻🔫💋 #fyp #fypシ #fypage

♬ original sound – RedzuanManaf87 – RedzuanManaf87

“Selama ni rupanya tak pernah lock, nasib baik orang tak masuk..”

Menjengah ke ruangan komen, rupanya masih ramai tak tahu cara yang betul kunci pintu train walaupun dah selalu naik. Ha lepas tengok video abang ni jangan lupa kunci pulak ya!

Sumber: TikTok @redzuanmanaf87

Eyla Azri