Pernah lihat musang ketawa? Mesti korang pelik kan, ada ke haiwan ketawa? Mesti tak logik. Tetapi sebenarnya kalau korang dengar musang merah atau nama saintifiknya Vulpes vulpes ini berbunyi seperti orang sedang ketawa.
Satu rakaman video dikongsi oleh Iqbal Ahyar melalui laman Tiktoknya menunjukkan dua ekor musang merah sedang bermain bersama tuannya ini berbunyi seperti kanak-kanak riang sedang bermain.
Lucu tetapi inilah bunyi musang merah. Spesies ini banyak ditemui di bahagian utara Amerika, Eropah, Aisa dan Afrika Utara.
@iqbalahyar 🦊 be like 😂 #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar
Rata-rata orang ramai turut terhibur dengan bunyi haiwan ini.
Sumber: Iqbal Ahyar