Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Minta Edit Gambar Kahwin Jadi "Aesthetic", Terhibur Lihat Hasil Netizen
Zaman sekarang, telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej. Ia dah jadi macam kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.
Contohnya, dahulu jika kita ingin menyunting gambar, kita perlu menggunakan komputer atau mengupah pakar dalam bidang grafik.
Namun kini, sesiapa sahaja mampu melakukannya sendiri hanya menggunakan aplikasi penyuntingan yang tersedia dalam telefon.
Terdapat pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.
Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?
Itulah yang berlaku kepada pasangan pengantin yang mencuri tumpuan di Threads baru-baru ini. Dalam satu hantaran, pengantin ini memuat naik gambar kahwinnya, dengan satu permintaan.
"Boleh tak tolong editkan bagi aesthetic sikit, bunga api ke buih ke..."

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya. Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.





Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen tidak dapat menahan rasa geli hati sebaik sahaja melihat hantaran berkenaan.
"Dah penuh ke album akak? Akak patut cuci semua gambar ni buat kenangan..."
Rata-rata mengakui mereka memang menantikan “posting” edit gambar macam ni kerana sudah dapat menjangka pelbagai komen lucu yang bakal memenuhi ruangan komen.
Tidak kurang juga yang mengakui akan menjadi orang pertama yang ‘menyibuk’ jika ada yang meminta bantuan mengedit gambar.
Di sisi lain, ada juga segelintir netizen yang mengaku cemburu melihat hasil suntingan yang kelihatan terlalu cantik dan realistik. Ada yang berseloroh kononnya suntingan tersebut membuatkan mereka terbayang suasana romantik di hari bahagia sendiri.
"Ramai juga edit yang lawa, rasa nak kahwin juga tapi takpalah HAHAHA..."