Siakap Keli
Gambar: via Google

“Rasa Lebih Segar,” Ini Manfaat ‘Power Nap’ Perlu Dinikmati, Tidur 20 Minit Pada Waktu Tengahari

Pernah tak anda dengar mengenai ‘Power Nap’? ‘Power Nap’ adalah tidur singkat yang dikatakan mempunyai banyak manfaat. ‘Power Nap’ ini biasanya berdurasi 10 hingga 20 minit dan dilakukan pada siang.

‘Power Nap’ sebenarnya sangat bagus dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, anda tidak perlu berasa panik sekiranya ‘Power Nap’ ini terjadi kepada anda.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Public Health Malaysia, ada berkongsikan mengenai manfaat ‘Power Nap’ ini.

Pada pukul 1 tengahari ke pukul 3 petang, suhu badan dikatakan akan berkurangan dan terdapat peningkatan hormon melatonin.

Kombinasi ini akan menyebabkan anda rasa mengantuk pada waktu tengah hari dan waktu ini adalah waktu terbaik untuk melakukan power nap.

Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa seperti Google, Nike, NASA dan Air Asia ada menyediakan ruang untuk pekerja mengambil ‘power nap’.
Walau bagaimanapun, individu yang alami kesukaran untuk tidur pada waktu malam perlu elakkan tidur siang. Ini akan menyebabkan mereka bertambah susah untuk tidur pada waktu malam.

Berikut dikongsikan 6 manfaat yang diperoleh individu sekiranya ‘power nap’ ini dilakukan.

  1. Individu dapat mengurangkan stres.
  2. Badan akan berasa lebih segar.
  3. Individu dapat meningkatkan prestasi kerja.
  4. Dapat meningkatkan tenaga.
  5. Individu dapat memperbaiki ‘mood’.
  6. Menguatkan memori.

Walaupun hanya dilakukan sebentar sahaja, ternyata ‘power nap’ ini masih mempunyai manfaat yang sama seperti ketika kita tidur lena pada waktu malam.

Sumber: Public Health Malaysia

Nadhirah