Siakap Keli
Gambar: KawKaw Channel

(Video) “Macam Training Komando”, Viral Aksi Kucing ‘Menyusup’ Dalam Air, Seolah Nak Buat Serangan Hendap

Satu video yang memaparkan tiga ekor kucing sedang berjalan di kawasan yang dibanjiri dengan air telah menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 48 saat itu menunjukkan gelagat tiga ekor kucing yang tampak seakan melawan lumrah kucing normal iaitu takutkan air.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih melucukan lagi adalah kucing-kucing tersebut tampak seakan sedang menjalani latihan untuk menjadi komando.

Manakan tidak, ketiga-tiga ekor kucing tersebut tampak seakan sedang berjalan dengan berhati-hati sambil peka terhadap kawasan sekeliling untuk menyusup masuk ke kawasan musuh.

Tidak dapat dipastikan di mana lokasi video berkenaan diambil. Namun begitu, ianya telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih seribu kali.

Sumber: KawKaw Channel

Aqmal Ezany

I write what is right