Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang jurugambar di Melbourne, Australia sempat merakam pemandangan unik awan rak atau shelf cloud yang ‘memenuhi’ ruang udara di tepi pantai.
Memetik laporan Daily Mail, awan tersebut muncul seakan-akan ‘ombak besar dari langit’ beserta bunyi guruh, sebagai petanda hujan lebat akan turun.
Jurugambar tersebut, Vaughan Laws berkata, pada awalnya dia terdengar bunyi guruh dengan beberapa pancaran kilat yang memancar di sebalik titisan hujan.
Menyedari awan sudah terbentuk di udara, dia terus mengeluarkan kamera dari keretanya dan berdiri di titik tepat untuk merakam gambar pemandangan unik itu.

“Saya sangkakan ia adalah awan rak, tapi tak sangka ia akan menjadi seperti itu.
“Saya jangka akan ada kilat, tapi semua orang di pantai cukup kagum dengan apa yang kami lihat,” katanya, memetik Daily Mail.
Difahamkan, keadaan cuaca pada waktu itu agak ekstrim, di mana kelajuan angin yang ‘merempuh’ pantai mencapai kira-kira 100 kilometer sejam.
Meskipun hujan turun dengan begitu lebat berserta guruh dan kilat, namun keadaan sukar itu tidak mematahkan semangatnya untuk merakam keadaan awan tersebut.
Menurut Daily Mail, awan rak atau disebut shelf cloud ini biasanya berada pada ketinggian yang rendah, mendatar serta berbentuk seakan baji.
Kata laporan itu, awan tersebut ‘berada’ di dasar awan induk yang biasanya merupakan awan jenis kumulonimbus ribut petir.
Sumber: Daily Mail