Siakap Keli
Gambar: FB BBP Raub

Penunggang Motosikal Maut Terbabas Ke Dalam Gaung Sungai

Seorang penunggang motosikal dilaporkan terbabas ke dalam gaung sungai dengan anggaran kedalaman kira-kira 50 kaki dalam satu kejadian di Jalan Tranum – Bukit Fraser, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Raub, kejadian yang melibatkan seorang mangsa lelaki dewasa itu berlaku sekitar 12.59 tengah hari tadi sebelum anggota penyelamat Pasukan Cekap dikerahkan ke lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa dinaikkan ke atas dengan menggunakan sistem takal tali dan juga pengusung oleh pasukan penyelamat berkenaan.

Bagaimanapun, Pasukan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut membantu operasi mengesahkan mangsa telah pun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Berita penuh menyusul.

Gambar: FB BBP Raub
Gambar: FB BBP Raub
Gambar: FB BBP Raub
Gambar: FB BBP Raub
Gambar: FB BBP Raub
Gambar: FB BBP Raub

Sumber: FB Balai Bomba & Penyelamat Raub

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'