Siakap Keli

Lelaki Didakwa Rogol 12 Orang Pelajarnya Termasuk Ketika Haid, 9 Daripadanya Hamil & Sudah Bersalin

Pemilik sebuah institusi pendidikan persendirian di Cibiru, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia didakwa melakukan serangan seksual dengan merogol 12 pelajar perempuan di bawah umur.

Menurut portal BeritaSubang.com, 9 daripada mangsa kini telah pun melahirkan anak.

Mangsa yang masih dalam usia belasan tahun dilaporkan telah dirogol di dalam bilik suspek di rumahnya serta di pusat pengajian yang dimilikinya di Cibiru, Bandung.

Fakta yang dinyatakan di dalam proses perbicaraan di Mahkamah Daerah Bandung mendedahkan bahawa suspek telah merogol mangsa secara berulang kali dari tahun 2018 hingga 2019.

Suspek dilaporkan telah menggoda mangsa menggunakan alasan isterinya tidak mampu lagi melayaninya dan telah meminta supaya mangsa untuk menggantikan isterinya.

Walaupun mangsa takut, menangis dan histeria, suspek dilaporkan tetap nekad untuk meneruskan perbuatan kejinya itu.

“Perbuatan defendan telah menyebabkan mangsa mengalami gangguan psikologi, menjadi benci, marah dan takut kepada defendan,” nyata pendakwa raya.

Suspek kini dilaporkan masih lagi sedang menjalani proses perbicaraan di Mahkamah Daerah Bandung, dengan perbicaraan susulan dijangka akan berlangsung pada Khamis, 8 Disember 2021.

Tertulis juga dalam surat dakwaan bahawa salah seorang mangsa telah dipaksa melayani nafsu suspek walaupun sedang berada dalam tempoh haid.

“Ketika mangsa sedang datang haid, defendan telah memaksa dan secara kasarnya menyuruh mangsa untuk terus melayan nafsu serakahnya untuk melakukan hubungan seks,” menurut dakwaan.

Difahamkan bahawa, suspek yang merupakan pemilik serta guru di pusat pendidikan itu turut berjanji untuk membayarkan perbelanjaan mangsa hingga ke kolej.

Akibat daripada perbuatan kejinya itu, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun sekiranya didapati bersalah.

BACA: Bikin Suspen, Rupanya Ini Mesej Tersembunyi Dalam The Sweet Goodbye Magnum x Money Heist, Untuk Peminat Malaysia

Sumber: BeritaSubang.com

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.