Mesin basuh adalah alat yang paling berguna dan wajib ada di dalam rumah setiap orang. Tanpanya, segala urusan membasuh baju tidak akan berjalan lancar dan memenatkan.
Pun begitu, mesin basuh juga kebiasaannya akan mula ‘meragam’ bila terlalu lama digunakan terutama bagi yang selalu menggunakannya hampir setiap minggu.
Bila sudah rosak, kos untuk membaiki mesin basuh pula mungkin agak tinggi. Justeru, gunalah mesin basuh dengan sebaiknya agar ia tidak mudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Jika tak tahu cara untuk menjaga mesin basuh dengan betul, ikuti tips yang dikongsikan oleh Ridzuan AlFattani menerusi Facebook di bawah ini.
Saya suke baca ‘cerita-cerita’ ahli dalam group ni. Kebetulan dulunya saya juga seorang maintenance dan pernah duk dalam bidang electrical, mechanical & construction.
Pagi-pagi ni duk saja-saja terasa nak bagi tips sikit. Cara mudah jaga mesin basuh untuk jangka hayat lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.
2. Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju offlah suis soket.
3. Dalam sebulan sekali masukan air panas kira-kira lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andai kata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya brmakna belting telah longgar. Kalau pandai amik spanar tegangkan di bagian bawah mesin. Jika tidah upahlah sesiapa. Kos upah biasenya sekitar rm10-20 je
5. Andai kata air masuk semakin slow buke bahagian paip air masuk kat situ ade filter mungkin trsumbat.
6. Jika air masuk ok tp air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling, objek keras atau sebagainye. Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangka hayat peralatan-peralatan tersebut tinggal dalam rumah kite.
Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin dua tahun sekali kan.
Terima kasih.
Sumber: Ridzuan AlFattani