Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Mesin basuh merupakan keperluan penting yang wajib ada di setiap rumah. Tanpanya, urusan untuk membersihkan pakaian mungkin akan menjadi sukar dan meletihkan.
Pun begitu tidak kira secanggih mana pun mesin basuh, ia pasti akan mula ‘meragam’ bila sudah terlalu lama digunakan. Bila keadaan tersebut berlaku, ramai yang akan membeli mesin basuh baharu tanpa memeriksa dengan teliti mengenai kerosakan alatan itu.
Kadangkala kerosakan yang dialami hanya sedikit sahaja dan boleh dibaiki tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook, Mohd Fazli Chek Pee yang telah berkongsikan mengenai mesin basuh yang telah dibaiki olehnya sendiri.

Menerusi perkongsian itu, Fazli mengatakan bahawa air di dalam mesin basuh itu terlalu perlahan dan hampir tidak keluar sedangkan air paip kuat. Setelah meneliti mesin basuh itu, dia berjaya mencari punca kerosakan.
Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Jadi sebelum membuat keputusan untuk membeli mesin basuh baharu, periksa dahulu dengan teliti. Dengan cara itu, mungkin ia akan menyelamatkan duit anda.
Sumber: Mohd Fazli Chek Pee