Siakap Keli
Gambar: Tim Long

(Video) Teringin Nak Tahu, Youtuber Pasang GoPro Dalam Mesin Basuh, Rupanya Ini Yang Terjadi Di Dalam Mesin Saat Baju Dicuci

Semua orang ada mesin basuh pakaian di rumah, tapi tak semua orang tahu atau pun pernah lihat macam mana mesin basuh ini betul-betul berfungsi.

Ekoran daripada itu seorang Youtuber yang bernama Tim Long telah melakukan eksperimen tersebut dengan meletakkan kamera GoPro di dalam mesin basuh bagi mengetahui bagaimana ianya berfungsi dari dalam.

Dapat dilihat bahawa apabila mesin basuh itu berpusing, kain-kain yang berada di dalam mesin tersebut turut berpusing bersama dengan air sabung yang terdapat didalamnya.

Kemudian, di mode ‘dryer’ pula, mesin basuh itu tampak berpusing dengan agak laju daripada mode membasuh yang dilakukan sebelumnya bagi mengeringkan kain tersebut.

Video yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 5 juta kali.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video seperti berikut:

Sumber: Tim Long

Aqmal Ezany

I write what is right