Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian jenayah. Terbaharu, perkara itu telah disahkan oleh SPRM sendiri.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM, pihaknya memberitahu bahawa mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis bagi mengesan pegawai berkenaan.
Tambah SPRM, pihaknya menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dengan perlakuan jenayah.
Sumber: Utusan Malaysia