Satu video telah tular menunjukkan tingkah seekor monyet yang masuk ke dalam masjid telah dirakam dan dikongsi di media sosial Tiktok milik @amir_officialff. Video tersebut telah menunjukkan sepasukan anggota bomba cuba mengeluarkan seekor monyet yang ‘sesat’ masuk ke dalam sebuah masjid dipercayai di Selangor.
Pada awalnya, video tersebut menunjukkan seorang anggota bomba cuba menurunkan moyet yang berada tinggi di sesuatu tempat tinggi di dalam masjid. Anggota bomba tersebut cuba menyampaikan penyapu habuk kepada monyet tersebut untuk menyuruhnya turun. Namun, monyet tersebut seakan ketakutan dan tidak berani untuk turun kerana berada di tempat tinggi.
Setelah mencuba sedaya upaya untuk menurunkan monyet itu, akhirnya dua anggota bomba tersebit berjaya menurunkan monyet tersebut dengan selamat. Setelah berjaya turun, monyet tersebut terus memegang pintu masjid dengan kuat kerana ketakutan.
Akhirnya, pihak bomba menghantar tersebut ke hutan berdekatan untuk mengembalikannya ke tempat asal. Monyet tersebut lari ‘berselerak’ ke arah hutan dan anggota bomba yang terlibat kelihatan gembira kerana sudah menyelesaikan misi mereka.
@amir_officialff Sesat masuk masjid pulak nyet ni #fyp #foryoupage #sabahancrew_fams #fypシ #viral #fypage
Sumber: @amir_officialff