Siakap Keli

Rakyat Malaysia Terkejut Dengan Peringatan Warna Ungu Untuk Tersenyum

Kuala Lumpur, Disember 13: Perjalanan harian bagi pengguna jalan raya di seluruh negara mendapat kejutan yang menarik dengan kemunculan papan iklan bewarna ungu pada lebuh raya dan jalan raya di bandar-bandar utama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Mengandungi frasa tunggal ‘#MySenyum Detik Keriangan Bersama’ dan alamat laman web, papan iklan ungu terang ini adalah sebahagian daripada kempen pemasaran baru oleh MCIS Life dengan mesej asas yang kuat – peringatan untuk semua rakyat Malaysia supaya senyum.

Encik Prasheem Seebran, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan di MCIS Life berkata, “Kempen baru ini dibina berdasarkan usaha kami untuk memperkasakan orang ramai untuk memberi kesan sama ada untuk diri mereka sendiri, keluarga dan rakan-rakan atau masyarakat mereka. Tiada cara lebih mudah mencerminkannya daripada berkongsi senyuman.

Pastikan anda lihat papan iklan warna ungu ini… MCIS Life menjemput rakyat Malaysia untuk berkongsi senyuman mereka dengan dunia.

“Kekuatan senyuman adalah dalam memberi dan berkongsi kegembiraan, dan melalui ekspresi yang bersifat kemanusiaan dan seragam ini, kita dapat meningkatkan mood dan pengalaman orang lain.”

Kempen inovatif ini, iaitu ungkapan etos jenama MCIS Life #PeopleHelpingPeople, adalah hasil kerjasama dengan beberapa pemilik media.

Ketua Pegawai Eksekutif Visual Retale, Encik Sailendra Kanagasundram berkata: “Ini adalah kali pertama beberapa pemilik media telah mengambil bahagian dalam kempen dengan mekanisme unik seperti ini.”

“Senyuman secara semula jadi menyatukan semua rakyat Malaysia dari pelbagai kelas dan latar belakang, dan walaupun terdapat perbezaan antara kita, kita tahu bahawa terdapat banyak perkara yang boleh kita mensyukuri bersama. Senyuman rakyat Malaysia kita ikhlas, menghangatkan hati dan pastinya menular.”

Lihat ungu, berkongsi senyuman, melalui pertandingan #MYSenyum yang memberi manfaat kepada Kitajaga.co dan Lighthouse Children Welfare Home Association.

Satu lagi aspek unik dalam pertandingan #MySenyum (yang akan dilancarkan pada 23 Disember 2021) ialah ia menampilkan elemen amal untuk memperkasakan orang ramai untuk memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia yang berkongsi senyuman mereka.

Prasheem menambah, “Rakyat Malaysia yang melawat laman mikro #MySenyum akan dijemput untuk tersenyum dan berkongsi ekspresi gembira mereka dalam talian. Sebagai pertukaran, MCIS Life akan memberi sumbangan kepada dua organisasi yang telah menjadikan misi mereka untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Organisasi bukan bermotifkan untung yang akan disokong melalui kempen #MySenyum adalah Kitajaga.co dan Lighthouse Children Welfare Home Association.

Bermula 23 Disember 2021, para peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM40,000 yang akan dianugerahkan setiap minggu dan pada peringkat akhir peraduan pada Februari 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan cara mengambil bahagian, lawati: https://www.mcis.my/mysenyum atau ikuti laman media sosial MCIS Life (Facebook & Instagram) @MCISLifeMy.

Siti Fatimah