Siakap Keli
Kredit : Bernama

RFID Di Semua Plaza Tol PLUS Bermula 15 Januari, Ini Apa Yang Korang Kena Tahu

Menerusi perkongsian Bernama, transaksi RFID akan bermula pada 15 Januari bagi kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara laluan Juru, Pulau Pinang-Skudai, Johor.

Dalam pada itu, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih lagi disediakan ketika ini dan akan dihentikan secara berperingkat.

Objektik penggunaan RFID ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna jalan raya serta mengurangkan kesesakan di plaza tol.

RFID juga adalah selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar dan akan menyebabkan perjalanan lebih lancar tanpa henti di lorong RFID.

Berikutan penularan pandemik COVID-19, penggunaan RFID dapat mengurangkan risiko jangkitan melalui transaksi tol tanpa sentuh.

Orang ramai juga boleh melakukan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui aplikasi Touch ‘n Go sahaja.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan TAG RFID, anda boleh melayari secara dalam talian di Touch ‘n Go eWallet dan di portal Touch ‘n GO atau melalui ejen pemasaran yang dilantik untuk pemasangan di 39 pemasangan di Semenanjung Malaysia yang disediakan.

Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, sila layari www.plus.com.my dan www.touchngo.com.my.

Kredit : Bernama

Sumber : Bernama

Fathin Nadzira