Siakap Keli
Kredit : Balai Bomba Kuala Lipis

(Video)”Meremang Bulu Roma,” Rakaman Ular Tedung Selar Ditangkap Belakang Kabinet TV Bikin Risau

Kejadian ngeri seperti haiwan-haiwan berbisa masuk ke rumah sememangnya membuatkan ramai orang tidak tentu hala jadinya. Lebih-lebih lagi pada musimnya, dah seperti pakej percutian dah buat haiwan-haiwan tersebut tumpang ‘menginap’ di rumah, terutamanya spesis ular.

Apabila berlaku sahaja situasi ini, memang kecut perut semua dan mulalah berasa panik memikirkan langkah-langkah keselamatan untuk menjaga diri serta ahli keluarga daripada menjadi mangsa serangan.

Baru-baru ini, tular mengenai operasi penangkapan ular berbisa tedung selar di Kampung Aur Gading, Lipis.

Menerusi perkongsian video oleh Balai Bomba Kuala Lipis, dua orang anggota berjaya menangkap ular tersebut di salah sebuah rumah di kampung itu. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah saiz ular tedur selar tersebut yang besar sehingga boleh membuatkan seseorang meremang dan naik bulu roma.

Untuk menonton video berkenaan, sila klik gambar di bawah:

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ada netizen yang seram akan haiwan tersebut yang diketahui boleh meragut nyawa.

Sumber : Balai Bomba Kuala Lipis

Fathin Nadzira