Siakap Keli

(Video) Dipercayai Kerana Banjir, Tular Buaya Sungai Linggi Naik Ke Jalan Raya

Hujan lebat yang melanda beberapa negeri sejak beberapa hari yang lalu telah menyebabkan banjir dan kenaikan paras air yang tinggi di beberapa kawasan sehingga membantutkan kelancaran lalu lintas.

Tidak cuma itu, tular hari ini mengenai satu video yang memaparkan seekor buaya di Sungai Linggi yang telah naik ke jalan raya dalam kejadian di sebuah jambatan di Linggi, pagi tadi.

Menerusi video itu, buaya dilihat sedang merangkak di atas jambatan sambil disaksikan oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut.

“Banjir, buaya naik sampai jambatan Linggi,” kata seorang pengguna Facebook, Omar Linggi.

Bagaimanapun, maklumat mengenai sama ada buaya itu sudah ditangkap atau belum tidak dinyatakan.

Memetik laporan Utusan, Sungai Linggi sememangnya dikenali sebagai buaya tembaga di Negeri Sembilan dan Linggi menjadi kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di daerah ini.

Orang ramai yang berada di kawasan yang berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada berada di tempat yang berbahaya.

 

 

Sumber: Utusan, Omar Linggi

Sofea

There's always another side to every story