Siakap Keli
Gambar: X Factor Indonesia 2021

(Video) Suara ‘Sebiji’ Macam Rossa, Juri Sangka Lelaki Ini Hanya “Lipsync”, Sampaikan Rossa Sendiri Pun Tak Percaya

Seorang peserta program X Factor Indonesia 2021 yang berasal dari Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia telah membuat lima juri profesional program tersebut tergamam.

Ianya adalah kerana suara unik yang dilontarkan pemuda bernama Gan Gan Wigandi itu semasa dia menyanyikan lagu nyanyian asal Rossa berjudul Hati Yang Kau Sakiti di pentas ujibakat X Factor Indonesia 2021.

Pada mulanya, pihak juri yang terdiri daripada penyanyi hebat seperti Anang Hermansyah, Ariel, Bunga Citra Lestari, Judika, dan Rossa dilihat tidak begitu tertarik dengan penampilan serta karakter Gan Gan Wigandi yang kelihatan biasa sahaja.

Para juri lantas menjemput Gan Gan Wigandi untuk mula bernanyi setelah selesai memperkenalkan dirinya.

Sebagai peminat Rossa, Gan Gan Wigandi nekad membawakan salah satu lagu hits daripada penyanyi tersebut.

Ketika dia mula bernyanyi, suasana terus berubah, mata para juri telah terpaku ke arah Gan Gan Wigandi.

Mereka seolah-olah tidak mempercayai bahawa yang bernyanyi itu adalah pemuda tersebut.

Ianya kerana suara yang keluar dari mulutnya sangat halus seakan suara seorang wanita.

Judika segera memuji suara Gan Gan Wigandi yang sedap itu.

Malah, Bunga Citra Lestari sempat untuk memastikan bahawa suara itu benar-benar tulen dan bukan lipsync.

Selepas selesai menyanyi, para juri segera memberikan pujian. Judika mengakui bahawa dia tidak menyangka Gan Gan Wigandi akan menyanyi dengan nada yang lebih tinggi daripada lagu asal.

Kerana pada mulanya dia dan Rossa telah berbincang bahawa lagu itu mempunyai nada yang tinggi.

Judika juga turut bergurau bahawa pemuda itu mempunyai suara sebegitu kerana dia tidak datang akil baligh.

Anang Hermansyah pula menyatakan bahawa suara Gan Gan Wigandi sangat unik.

“Suaranya tidak seperti dia, bagaimana pula apabila dia menyanyi,” katanya.

Berkat suara uniknya itu, Gan Gan Wigandi berjaya mendapat lima Ya daripada pihak juri untuk ke peringkat seterusnya.

Sumber: KabarBanten.com

Aqmal Ezany

I write what is right