Siakap Keli
Gambar: Ismi Azie/ Addin Aziz

“Air Paras Kepala..,” Facebook Dipenuhi Rayuan Dipercayai Mangsa Banjir Mohon Bantuan, Ada Yang Minta Diselamatkan

Penduduk di Lembah Klang hari ini menghadapi detik-detik genting apabila ditimpa musibah banjir akibat daripada hujan lebat yang melanda sejak pagi semalam.

Ketika ini, ada yang masih lagi terperangkap di jalan raya dan tidak kurang juga ada penduduk yang sedang menunggu bantuan kerana rumah sudah ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Menerusi tinjauan di dalam group Facebook Warga Puchong, ada beberapa orang penduduk di sekitar kawasan Puchong yang meminta bantuan untuk diselamatkan termasuk ibu mengandung yang mempunyai anak-anak kecil. Dengan keadaan air yang semakin naik, mereka perlu berpindah ke tempat selamat dengan segera.

Dalam satu video yang dikongsikan di dalam group itu, asrama yang menempatkan anak-anak tahfiz di Kampung Tengah Puchong dipercayai turut dinaiki air, menyebabkan mereka terpaksa duduk berhimpit di atas katil dua tingkat.

Tidak cuma itu, ada penduduk yang berkata air sudah sampai ke paras kepala dan meminta agar diselamatkan dengan segera terutama mereka mempunyai ibu bapa yang uzur dan anak-anak kecil.

Semoga semua penduduk yang terjejas diselamatkan dengan segera dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Group Facebook Warga Puchong

 

Sofea

There's always another side to every story