Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Mangsa Banjir Selangor Terima Bantuan RM3,000, Penyerahan Bermula Esok

banjir
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua agensi berkaitan memastikan keperluan asas, bekalan makanan serta penjagaan kesihatan mangsa banjir di negeri itu sentiasa mencukupi.

Iklan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perhatian khusus perlu diberikan kepada golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang memerlukan penjagaan tambahan.

Menurutnya, beberapa langkah susulan seperti yang diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan mula dilaksanakan dengan segera.

Terdahulu, beliau mengiringi Anwar meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang, Kuala Selangor.

Katanya, seramai 154 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan.

“Banjir di kawasan ini berpunca daripada aliran air deras dari kawasan Puncak Alam susulan taburan hujan lebat, selain fenomena air pasang besar yang telah bermula,” katanya menerusi Facebook malam ini.

Dalam pada itu, Amirudin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan susulan peningkatan bantuan kepada ketua isi rumah mangsa banjir sebanyak RM2,500.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Selangor turut menambah bantuan sebanyak RM500, menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima setiap ketua isi rumah layak sebanyak RM3,000.

Beliau berkata, penyerahan bantuan itu akan bermula esok dan diselaraskan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah.

Tambahnya, kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan bantuan disampaikan secara teratur kepada mangsa yang layak.

“Terima kasih kepada seluruh petugas, pihak sekolah dan sukarelawan yang terus menjaga kebajikan mangsa,” katanya.

Intipati
  • Mangsa banjir Selangor layak menerima bantuan keseluruhan RM3,000 bagi setiap ketua isi rumah.
  • Penyerahan bantuan akan bermula esok, diselaraskan ICU Selangor dan jawatankuasa bencana daerah.
  • Seramai 154 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Mahang.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan