Siakap Keli

Lawatan YBMKP ke SMK Telok Panglima Garang

Melihat kepada keadaan banjir kali ini yang di luar jangkaan, banyak sekolah di bawah KPM yang digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sekitar jam 1:00 pagi tadi saya sampai di SMK Telok Panglima Garang untuk meninjau PPS bagi mangsa banjir dari kawasan sekitarnya.
Saya diberi taklimat oleh beberapa pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan situasi terkini di pusat ini.
Alhamdulillah, semua urusan permindahan berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua pihak yang telibat dalam proses membantu mangsa-mangsa banjir ini, termasuk pihak sekolah.
Kami di KPM sentiasa bersedia membantu agensi berkaitan dalam memastikan PPS di sekolah bawah KPM dapat beroperasi dengan teratur.
Sama-samalah kita berdoa agar urusan pengendalian mangsa banjir di sini serta tempat-tempat lain di seluruh negara dipermudahkan.

Siti Fatimah