Siakap Keli

MAPIM Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir Di Klang

KLANG : Sejumlah 200 kotak bantuan dan 100 botol air minuman berkapasiti lima liter disumbangkan MAPIM Malaysia tiba di Kompleks Pejabat Daerah, Tanah Klang kira-kira jam 8.30 malam tadi. Keperluan asas ini akan diberikan terus kepada mangsa banjir yang berada di sekitar kawasan Klang. 

Selepas ini, pihak MAPIM Malaysia dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Klang akan meneruskan Misi SOS Banjir dengan menyampaikan kotak bantuan ke PPS yang disenarai.

Berdasarkan tinjauan Ummah Today, terdapat beberapa kawasan di daerah Klang ditenggalami air antaranya Bandar Klang, Bukit Tinggi dan Lebuh raya Kesas.

Ini termasuk, kawasan perindustrian HICOM, Batu Tiga Shah Alam dan Bukit Raja.

Sementara itu, sayap utama MAPIM Malaysia iaitu MAPIM Rangers turut bersama bagi menggerakkan Misi SOS Banjir kepada mangsa yang terjejas.

Dengan kapasiti lima trak pikap MAPIM Rangers dan satu van MAPIM Malaysia bergerak bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan. Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air. Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah
#365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Ikuti update terkini di Telegram rasmi MAPIM Malaysia, klik link dibawah
https://t.me/MapimMalaysia

Siti Fatimah