Siakap Keli
Foto : Azhan.co

Saranan Menganjurkan Solat Hajat Dan Doa Untuk Kesejahteraan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2021 – Berdasarkan situasi semasa musibah banjir yang melanda khususnya di Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menganjurkan solat Hajat dan bacaan Doa Selamat selepas solat Maghrib malam ini bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk negara Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan dalam mendepani musibah yang melanda.

Selain itu, masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan juga telah digerakkan bagi menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian bagi golongan yang terkesan termasuk kesediaan menjadi pusat penempatan sementara mangsa banjir. Program Dapur It’am yang berkonsepkan soup kitchen di 70 buah masjid dan surau turut menumpukan aktiviti agihan makanan bermasak kepada golongan terjejas dan para petugas banjir serta sumbangan JAWI Food Bank.

Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan, kemudahan dan ketabahan kepada semua saudara kami yang diuji dengan musibah.

Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Pengarah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
19 Disember 2021

Siti Fatimah