Siakap Keli
Gambar: TikTok @pebyemoy

(Video) Wanita Beli Cat, Terkejut Temui Plastik Berisi Duit Dalam Tong Cat

Seorang wanita dilaporkan menjumpai plastik yang berisi wang kertas di dalam bekas cat yang dibelinya, lapor Suara.com.

Video tersebut dimuat naik oleh akaun TikTok @pebyemoy.

“Pada awalnya kami sedang mengecat selepas itu kami jumpa plastik dan kami mencuci plastik itu, apabila diteliti di dalam plastik itu ada duit.” tulis keterangan di dalam video itu.

Mereka amat terkejut kerana mendapati plastik tersebut berisi wang sebanyak 2,000 rupiah (RM0.59).

“Lumayan beli gorengan” begitulah kapsyen video tersebut.

Video yang memperoleh jumlah tontonan melebihi 350k itu turut mendapat jumlah komen yang amat memberangsangkan daripada warganet.

Malah ada juga yang berkongsikan pengalaman yang mereka alami.

“Saya pernah bekerja di kilang cat dan mereka sengaja memberi wang dalam tin cat sebagai sebahagian daripada promosi.” tulis seorang warganet.

“Pernah dapat juga 20 ribu dan 10 ribu rupiah, kerana dulu masa beli cat baru ada hadiah wang tunai yang sangat lumayan.” komen warganet lain.

@pebyemoy

hahaha lumayan buat beli sempol #ngecat @feibykumolontang0 #fyp #berhadiahbilaberuntung #berhadiah

♬ suara asli – mriaemor – mriaemor

Sumber: suara.com

Nadhirah