Siakap Keli
Gambar Hiasan Via BBC/Google

Bantu Ramal Banjir Di Masa Depan, Jurutera Ini Kongsi Simulasi Banjir Guna Beberapa Kaedah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bencana banjir di negara kita ini bukanlah sesuatu yang asing. Sejak dahulu lagi, beberapa negeri seperti di Pantai Timur sering dinaiki air ketika musim bah. Namun, banjir yang melanda di Lembah Klang dan beberapa negeri lain baru-baru ini sepatutnya menjadi wake-up call untuk kita semua lebih bersedia di masa akan datang.

Semua pihak perlu berganding bahu untuk menghadapi kemungkinan banjir yang lebih teruk di negara ini kelak. Walaupun ia musibah yang datang tanpa diduga dan sekelip mata saja, tetapi sama seperti cuaca, bencana banjir juga boleh diramal menerusi beberapa kaedah.

Melalui kaedah itu, kita mungkin lebih bersiap sedia untuk menghadapinya dan dapat mengurangkan jumlah mangsa banjir, kerosakan rumah dan juga kematian.

Bercakap mengenainya, seorang jurutera simulasi, pakar aliran bendalir dan permindahan haba (fluid dynamics & heat transfer), Dr Aid Fawzal ada berkongsikan mengenai simulasi banjir yang boleh kita gunakan untuk meramal banjir.

Menerusi perkongsiannya di Facebook dan Twitter, data yang diperlukan untuk meramal banjir adalah data hidrologikal, topografi, kekasaran permukaan bumi dan lokasi saliran serta dataran banjir.

Nak tahu lebih lanjut? Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Alang-alang kita tengah fokus isu banjir ni, saya sebagai jurutera simulasi nak bawakan korang simulasi banjir. Ya, dalam kejuruteraan/sains ada cabang kerja ni. Kebiasaannya dibawah cabang kejuruteraan awam (hidraulik).

Sewaktu saya buat Master dalam Computational Fluid Dynamics (CFD) dulu, kami diberi tugasan untuk buat simulasi mendapan pasir (sand sedimentation) pada sungai dan lihat bagaimana air sungai tadi membuak keluar lalu terbentuknya banjir.

Sayangnya, disebabkan saya ‘mengaji’ kat UK, jadi tak dapat la saya nak buat simulasi pada sungai-sungai di Malaysia.

Ada beberapa method yang boleh digunakan untuk meramal (predict) keadaan banjir. Antaranya adalah:

• Gabungan continuity & momentum equations,
• RANS (Reynolds Averaged Navier Stokes),
• SPH (Smoothed Particle Hydrodynamics)
• HEC-RAS (River Analysis System)
Dan lain-lain lagi.

Setiap numerical model yang saya sebutkan tu ada kegunaan, kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Jurutera atau pengkaji (researcher) akan pilih numerical model yang sesuai mengikut tujuan kajian.

Data yang diperlukan untuk meramal banjir adalah data hidrologikal, topografi, kekasaran permukaan bumi (pokok-pokok, bangunan-bangunan, struktur-struktur lain) dan lokasi saliran serta dataran banjir (floodplain).

Nak buat simulasi banjir ni agak mahal daripada segi kepakaran dan juga kos ‘computational’. Tetapi ia dapat mengurangkan kos kerugian akibat banjir jika tindakan mencegah dan mitigasi dijalankan.

Ye lah, kalau dah boleh ramal air naik kawasan mana, paras mana, kan dah boleh bagitau rakyat untuk permindahan awal. Boleh lah kurangkan kerugian harga benda.

Atau mungkin buat sesuatu untuk kurangkan impak. Air naik paras betis, tak sama dengan air naik paras pinggang.

Saya harap, jika Jabatan-jabatan di Malaysia belum pernah gunakan teknologi ini, boleh lah hubungi universiti-universiti di Malaysia yang ada kepakaran. Gandingan mereka dengan industri supaya hasil kajian pakar di universiti tersebut dapat dizahirkan.

Harapnya takde la kerajaan buang duit bayar consultant luar untuk kerja-kerja macam ni. Anak tempatan boleh je buat.

Kata nak lawan brain-drain kan??!?

 

 

 

Sumber: Facebook dan Twitter Dr Aid Fawzal

Sofea

There's always another side to every story