Siakap Keli

(Video) “Dari Kenduri Kahwin Ke Kenduri Tahlil..,” Ayah Pengantin Meninggal Dunia Selepas Anak Bernikah

Pernahkah anda bayangkan bagaimana perasaan seseorang itu apabila majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia telah bertukar menjadi hari yang paling sedih apabila majlis perkahwinan tersebut telah menjadi majlis kenduri tahlil kerana ada keluarga terdekat meninggal dunia.

Itulah kisah menyayat hati yang telah dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok oleh seorang pengguna bernama @norchafieqahazri. Video tersebut menunjukkan majlis perkahwinan itu telah bertukar situasi apabila ayah pengantin perempuan meninggal dunia.

Ayah pengantin perempuan tersebut telah meninggal dunia setelah pulang dari pejabat agama bagi urusan pernikahan anaknya. Video tersebut turut menunjukkan situasi pilu keluarga pengantin yang tidak dapat menahan rasa sedih kehilangan ketua keluarga mereka.

Video tersebut telah dipenuhi dengan ucapan takziah dan kata-kata semangat daripada netizen yang turut berduka atas pemergian ayah pengantin perempuan. Mari sama-sama kita melihat video tersebut.

@norchafieqahazri

hari ini kita dikejutkan dengan pemergian ayah pengantin perempuan Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun…

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Sesungguhnya memang benar bahawa jodoh, ajal dan maut itu adalah rahsia Allah. Meskipun kita tidak tahu bila, namun ianya akan sampai juga pada satu ketika nanti.

Sumber: Tiktok Chafieqa 

 

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.