Siakap Keli
Kredit : Oddity Central

(Video) Berat Lebih 1 Tan, Kenali Chianina, Baka Lembu Domestik Terbesar Di Dunia

Chianina dilaporkan antara baka lembu tertua yang ditemui dengan rekod sekurang-kurangnya 2,200 tahun. Baka lembu tersebut juga merupakan baka yang terkenal dengan baka lembu terbesar di dunia.

Ingat Nickers, lembu gergasi Australia yang mengejutkan dunia beberapa tahun lalu? Gambar gergasi lembu inilah yang menjulang tinggi di atas lembu bersaiz biasa dan tular di Internet pada lewat 2018, menyebabkan ramai tertanya-tanya sama ada ia sejenis mutan bio-kejuruteraan.

Namun, satu-satunya yang tidak kagum ialah penternak Chianina Itali. Mereka telah menghasilkan spesimen yang mengagumkan jauh lebih besar daripada Nickers selama beberapa generasi, jadi ini bukanlah sesuatu yang istimewa.

Kredit : Oddity Central

Pada asalnya, baka ini dikatakan telah dibiakkan di wilayah val di Chiana, Itali dan diternak di kawasan Tuscany, Lazio dan Umbria lebih kurang dua milenium pertama sebagai haiwan beban dan dagingnya.

Mereka dipuji oleh penyair purba dan arca Rom dan sehingga ke hari ini, baka tersebut dgunakan sebagai sebahagian daripada perarakan tradisional dan keagamaan.

Ciri yang paling ketara bagi baka lembu ini adalah berotot yang menjadikannya sumber utama kuasa pertanian di Itali sehingga kemunculan jentera.

Berdasarkan laporan Oddity Central, Chianina merupakan baka lembu yang paling tinggi dengan ketinggian mencecah 150 cm hingga 160 cm dan berat dalam 800 sehingga 1,000 kg.

Bagi lembu jantan, kepanjangan berukuran 160 sehingga 175 cm dan berat sebanyak 1,150 kg sehingga 1,280 kg. Ukuran yang dinyatakan ini adalah statistik purata semata-mata kerana terdapat lagi beberapa spesimen cemerlang yang mampu mencatatkan rekod dunia.

Kredit : Oddity Central

Seekor baka Chianina yang bernama Bellino pernah mencatatkan rekod Guiness World Record pada tahun 2010 dengan berukuran sepanjang 2.03 m di bahu dan mempunyai berat sebanyak 1, 700 kg. Namun, baka tersebut mati pada 2014.

Kini, lembu Chianina diternak untuk mendapatkan keperluan daging. Sesetengah orang menggelarnya ‘mesin daging’ kerana menghasilkan daging lembu melebihi 2kg sehari dan berkualiti premium.

Sumber : Oddity Central

Fathin Nadzira

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.