Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Masters Indonesia: Pearly Tan-M. Thinaah Dinobat Juara

pearly thinaah juara
Gambar: BERNAMA

Masters Indonesia: Pearly Tan-M. Thinaah Dinobat Juara

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Masters Indonesia.

Kejayaan itu diraih selepas pasangan lawan menarik diri pada saat akhir menjelang aksi final di Istora Senayan, hari ini.

Perkembangan tersebut dikemas kini menerusi laman rasmi jadual perlawanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi.

Ia sekali gus mengesahkan kejayaan gandingan ranking kedua dunia itu meraih gelaran sulung mereka bagi musim ini.

Sebagai rekod, kejayaan ini merupakan gelaran ketujuh yang dimenangi oleh Pearly dan Thinaah sepanjang bergandingan dalam siri jelajah BWF sejak tahun 2021.

Belum ada penjelasan berhubung penarikan diri pasangan lawan

Namun begitu, setakat ini tiada sebarang penjelasan lanjut diberikan berhubung keputusan pasangan Jepun, Arisa Igarashi dan Miyu Takahashi, untuk menarik diri daripada perlawanan akhir kejohanan bertaraf Super 500 tersebut.